Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

 
Pusat Alumni dan Kerjaya USIM berperanan sebagai platform membantu menghubungkan alumni dan alma mater. Justeru, adalah penting untuk Pusat Alumni dan Kerjaya USIM sentiasa menjadi saluran komunikasi dengan alumni. Pada masa yang sama, Pusat Alumni dan Kerjaya USIM juga bertanggungjawab untuk membantu dalam menguruskan Kebolehpasaran Graduan Universiti. Maka dengan sebab itulah kerjasama dengan pihak industri menjadi keutamaan bagi membantu Kebolehpasaran Graduan USIM.
 
Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar alumni dapat terus menyokong dan membantu Universiti dalam pelbagai perkara secara berterusan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada alumni dan industri yang sentiasa menyokong usaha dan program Pusat Alumni dan Kerjaya USIM. Semoga usaha kita ini akan diberkati oleh Allah Taala.
 
Akhir kata, saya mengalu-alukan kehadiran alumni ke USIM. Pada masa yang sama, saya juga meraikan sumbangan idea atau pandangan daripada alumni dan industri untuk penambahbaikan perkhidmatan pada masa akan datang.
 
 
En. Mohd Asri Haji Husain
Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya USIM