Graduan daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), USIM dalam bidang Undang-undang dan Syariah dan Sarjana dan PhD Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Semasa menuntut di USIM, beliau sangat aktif dalam aktiviti pengucapan awam seperti debat terutamanya dalam debat Bahasa Arab. Kepetahan beliau ini telah membolehkannnya memenangi banyak anugerah seperti Anugerah Kecemerlangan Pasukan (Debat Bahasa Arab) 2011; Anugerah Kecemerlangan Individu (Debat Bahasa Arab) 2010; Anugerah Pendebat Terbaik Kejohanan Debat Piala Diraja (Bahasa Arab) 2010; Johan Kejohanan Debat Piala Diraja (Bahasa Arab) 2010; Johan Kejohanan Debat Piala Piraja (Bahasa Arab) 2009; dan Hujahan Terbaik Pertandingan Mahkamah Mut Syariah peringkat Kebangsaan 2009. Beliau pernah berkhidmat sebagai Peguam Syarie (Wilayah Persekutuan). Selain itu, beliau telah berjaya menerbitkan 11 buah buku akademik dan turut menjadi Penasihat kepada dua buah institusi pendidikan swasta di samping menjadi Perunding Penyelidikan Lembaga Zakat Selangor (LZS).