Merupakan kumpulan pertama Alumni KUIM.Saya berasal dari Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan graduan dari Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam (matrik P000065). Penglibatan beliau sepanjang pengajian di KUIM ialah sebagai Exco Akademik, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2000/2001. Selain itu, beliau juga aktif dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum seperti sebagai Pengarah Program Seminar Kecemerlangan Akademik Tahun 2001 dan lain-lain aktiviti lagi dan pada masa yang sama tudak mengabaikan akademik apabila turut menerima Anugerah Dekan dengan PNGK 3.71. Setelah tamat pengajian, beliau telah ditawarkan sebagai Pegawai Tadbir di Bahagian Perpustakaan KUIM. Namun begitu perkhidmatan beliau tidak lama di KUIM kerana mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan (KPLI) pada bulan Disember 2003 di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching Sarawak. Bermula tahun 2005 saya memulakan perkhidmatan sebagai Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Felda Sening, Kota Tinggi Johor sebelum berkhismat di beberapa lagi buah sekolah seperti SK Mawai, Kota Tinggi, SJK © Mawai Kota Tinggi, SK Datuk Ismail Saadon Kota Tinggi, SK Pulau Redang ,Kuala Terengganu, SK Bukit Losong Kuala Terengganu dan  kini saya berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kebor Besar,Manir Kuala Terengganu. Beliau berpesan kepada pelajar-pelajar agar dapat menggunakan peluang melanjutkan pengajian di USIM untuk mendapatkan pelbagai kemahiran insahniah melalui aktiviti ko-kurikulum. Beliau juga turut mendoakan agar USIM terus maju jaya dalam bidang pendidikan di persada antarabangsa demi memartabatkan syiar Islam serta menjadi universiti ternama di dunia.