Fungsi Pusat Alumni dan Kerjaya

 

Misi , Motto, Falsafah & Wawasan

 

KATA ALUAN PENGARAH

 

Bismillahrrahmanirrahim,

Assamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

 

Pertamanya  saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya diberi kesempatan dan penghormatan untuk menyampaikan salam mesra dan ucapan selamat datang kepada semua pengunjung ke laman sesawang kami, Pusat Alumni dan Kerjaya, Universiti Sains Islam Malaysia USIM.

Sejak beroperasi pada 2000, USIM atau sebelum ini dikenali Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah melahirkan lebih 14000 alumni dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian. Mereka kini bertebaran di seluruh pelosok negara menabur bakti di pelbagai sektor sama ada kerajaan mahupun swasta. Tidak ketinggalan alumni USIM dari luar negara juga turut menyumbang bakti di negara masing-masing setelah tamat pengajian. 

Sesungguhnya kejayaan alumni USIM pada hari ini adalah berkat kesungguhan mereka menimba ilmu dan kegigihan para pensyarah serta warga USIM yang lainya dalam mendidik mereka dengan panduan ilmu Naqli dan Aqli sehingga menjadikan mereka cemerlang seperti hari ini. Alumni USIM adalah aset yang amat berharga, bukan sahaja kepada USIM tetapi juga agama, bangsa dan negara.

Justeru, mewakili Pusat Alumni dan Kerjaya USIM saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua alumni walau apa jua bidang yang diceburi. Saya juga berharap agar warga alumni dapat menyumbang bakti kepada USIM dan menjadikan alma mater ini sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan kemahiran selepas bergraduat agar sesuatu yang bermanfaat itu dapat dikongsi bersama para pelajar dan komuniti kampus. USIM sentiasa membuka pintu kepada alumni untuk memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan modal insan pelajar dalam usaha kita bersama-sama mencemerlangkan akademik dan sahsiah pelajar berpandukan ilmu naqli dan aqli.

Sebagai penghubung antara alumni dan alma mater, kami akan cuba menggunakan platform yang ada, yang salah satunya melalui laman web rasmi ini, untuk mewar-warkan segala berita mengenai perkembangan semasa dan kejayaan USIM kepada warga alumni agar semua warga alumni sentiasa dekat dengan USIM. Untuk membantu kelancaran proses komunikasi dan penglibatan alumni dalam program-program yang bakal dijalankan, saya menyeru dan berharap para alumni sekalian untuk membantu mengemaskini data/rekod anda di PORTAL ALUMNI USIM  http://ealumni.usim.edu.my/ 

Pusat Alumni dan Kerjaya  telah merencanakan pelbagai program antaranya pogram perkongsian ilmu dan pengalaman kerjaya melibatkan alumni. Kami juga akan menghebahkan program-program yang dianjurkan dari semasa ke semasa untuk makluman semua alumni. Mudah-mudahan program seperti ini dapat menyediakan platform kepada warga alumni untuk menyumbang kembali atau ‘give back’ kepada alma mater mengikut kemampuan dan kapasiti masing-masing

Akhir kata, saya berdoa agar semua alumni USIM diperludahkan urusan dan mendapat kejayaan di dalam karier masing-masing serta sentiasa di bawah rahmat dan lindunganNya.

Wassalam.

 

Dr. Nisar Mohammad Ahmad

[Alumni USIM 2005]

Pengarah
Pusat Alumni dan Kerjaya USIM
2017-2018

Tugas Pejabat Perhubungan Alumni

 

TUGAS PEJABAT PERHUBUNGAN ALUMNI USIM

BIL

PERRKARA

TUGAS PEJABAT PERHUBUNGAN ALUMNI

JANGKAAN PROGRAM

1.

Program Mutawwif

-       Menguruskan Fakulti Kepimpinan & Pengurusan dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Alumni

 

Akhir 2010 & awal 2011 melibatkan pelajar tahun akhir. Program ini mendedahkan mereka mengendalikan Jemaah Haji akhir 2010 & awal 2011.

2.

Duta Kecil KLIA

-       Melibatkan Pembaharuan semula MOA dengan pihak MAB (Sepang)

Mei 2011

-Proses pembaharuan MOA (Jan-Feb 2011)

-Iklan akan dibuka kepada pelajar tahun akhir menamatkan Latihan Industri pada bulan April.

3.

Program Grooming & Finishing School (GFS)

      i.        Bengkel Persediaan Kerjaya

     ii.        Bengkel Penulisan Resume

    iii.        Bengkel Temuduga & Resume berdasarkan Niche kerjaya

    iv.        Bengkel Etikat & Protokol

 

 

September 2011

4.

Training & Career Placement

-       PPA menguruskan program khusus/kursus/latihan untuk pelajar tahun akhir & Alumni

-       Build contact dengan agensi dan syarikat mengikut Niche/Fakulti/Pekerjaan/ Program Pengajian untuk tujuan penempatan kerja.

 

 

Berterusan

5.

Tracer Study

-       Diuruskan oleh PPA bermula dengan kerjasama BBPS, PTM & Fakulti-fakulti.

 

Berterusan

6.

Tinjauan Maklum balas Majikan

-       Memfotostat, Menyediakan suratmakluman, mengedarkan soalan kepada majikan & proses kemasukan data.

 

Januari-Mac 2011

7.

Penerbitan Buletin

-       Menyebarkan berita-berita melibatkan Alumni

Mac 2011

8.

Directori Alumni USIM

-sempena USIM 10 tahun.

      -      Menerbitkan informasi terkini      

             Alumni

April 2011

9.

Program Sirih Pulang ke Gagang

-       Mengumpulkan kembali Alumni USIM daripada batch awal hingga akhir.

 

Mei/Jun 2011

 

Kata Aluan TNC HEP & ALUMNI

Bismillahrrahmanirrahim,

Assamualaikum wbt.

Pertamanya saya ingin mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah  anugerah dan petunjuk-Nya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dapat berdiri gagah mencapai matlamat penubuhannya. Merenungi tempoh sedekad yang lepas, USIM atau nama awal semasa penubuhannya iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Alhamdulillah, dengan kesungguhan semua pihak termasuk mahasiswa dan Alumni, USIM telah berjaya melepasi halangan hingga mencapai ke tahap sekarang. Saya percaya misi USIM untuk menjadi universiti yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam akan terus dipertahankan. Saya berkeyakinan para alumni yang telah dilahirkan mampu memberi sumbangan terbaik kepada pencapaian misi tersebut.

 

Menyedari betapa pentingnya sumbangan Alumni kepada alma mater, pihak universiti meletakkan sepenuh harapan agar para alumni dapat kembali memberi sumbangan kepada universiti daripada pelbagai segi melalui program-program yang dianjurkan. Sumbangan ini amat signifikan ke arah memantapkan pembangunan generasi baru bakal graduan dan USIM sendiri. Saya berkeyakinan perhubungan dua hala ini akan memberi faedah kepada dua belah pihak, bukan sahaja dari segi manfaat fizikal bahkan dari segi spiritual.

 

Justeru, diharapkan penubuhan Pejabat Perhubungan Alumni USIM pada tahun ini dapat menjadi saluran terbaik menghubungkan USIM, para Alumni dan Persatuan Alumni USIM, ke arah perhubungan yang lebih kukuh. Lanjutan ini juga, saya berharap agar para alumni dapat memberi maklumat terkini mereka kepada pihak Pejabat Perhubungan Alumni supaya penyelarasan dan pengesanan dapat dibuat mengikut kumpulan masing-masing bagi mencapai tujuan ini.

 

Di samping itu, saya juga amat menyokong aktiviti Persatuan Alumni USIM sebagai persatuan utama Alumni. Saya berharap para alumni juga dapat memberi sokongan dengan menjadi ahli persatuan dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak persatuan.

 

Akhir kata, saya berdoa agar semua alumni USIM mendapatkan kejayaan di dalam karier masing-masing, di bawah rahmat dan lindungan-Nya.

 

“ALUMNI PENGGERAK KECEMERLANGAN TRADISI ISLAM”

                                                                                                                      Pusat Alumni dan Kerjaya                                                                                                                  Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-7986161/6160/6151 Faks: +606-7986154/6155
Emel: alumni[at]usim.edu.my