Garispanduan Permohonan Dana Alumni

 

GARISPANDUAN PERMOHONAN TAJAAN DANA AKAUN AMANAH ALUMNI USIM


1. Program yang ingin dilaksanakan perlu mempunyai penglibatan alumni dan keutamaan akan diberikan kepada penglibatan alumni yang telah mendaftar dan mengemaskini maklumat diri dan kerjaya di dalam Portal Alumni.


2. Objektif program hendaklah menyumbang ke arah pencapaian objektif Pusat Alumni dan Kerjaya iaitu antaranya menghubungkan alumni dengan alma mater, menyediakan platform untuk alumni menyumbang kepada alma mater dan meningkatkan pengumpulan pangkalan data alumni USIM.


3. Untuk permohonan tajaan kepada alumni USIM yang dijemput sebagai panel / pembentang, Akaun Amanah Alumni akan menaja sehingga maksimum RM200 setiap alumni dan tempoh program yang melibatkan alumni tersebut haruslah sekurang-sekurangnya 2 jam.


4. Kertas kerja permohonan tajaan / dana Akaun Amanah Alumni hendaklah dihantar satu bulan sebelum tarikh program berserta surat permohonan dana dan butiran alumni yang terlibat.


5. Laporan ringkas program khususnya pada penglibatan alumni perlu dihantar kepada Pusat Alumni dan Kerjaya dalam masa dua minggu selepas tamat program untuk tujuan rekod dan dokumentasi.


6. Sebagai pemegang amanah kepada Akaun Amanah Alumni yang diperolehi daripada yuran alumni pelajar sebelum menamatkan pengajian, Pusat Alumni dan Kerjaya berhak menggunakan budibicaranya dalam memberikan kelulusan serta dalam menentukan kadar tajaan yang difikirkan munasabah seiring dengan ketetapan dan tatacara perbelanjaan Akaun Amanah Alumni USIM.

 

Download Garispanduan Permohonan Dana Alumni USIM

 

 

                                                                                                                      Pusat Alumni dan Kerjaya                                                                                                                  Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-7986161/6160/6151 Faks: +606-7986154/6155
Emel: alumni[at]usim.edu.my