GIG ECONOMY PROGRAMME

Pusat Alumni dan Kerjaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pada tahun 2018 dan 2019 telah mengadakan program GIG Economy yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk menjana pendapatan semasa dalam pengajian (earn & learn) secara freelance bersama industri.  Program GIG Economy di peringkat Universiti Awam telah dimulakan oleh Jawatankuasa Induk Pengurusan Dana Kebolehpasaran Graduan (GE), Kementerian Pendidikan Tinggi pada 28 Februari 2018 dengan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi sebuah Universiti.

Program ini telah bermula pada tahun 2018 dengan melibatkan pelajar USIM melalui beberapa fasa pelaksanaannya. Program ini turut dibantu oleh unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLMJI), Pusat Keusahawanan (PKUU). Manakala di pihak industry pula, USIM mendapat kerjasama daripada Syarikat Alumni, Big Lemon , Tadika Fatonah, Home Tutor dan juga pihak industri seperti BERNAMA, Rumah Ngaji, BSN Prudential,  dan lain-lain.

Selain itu juga, Pusat Alumni dan Kerjaya, USIM mendapat kerjasama dengan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Labu, Negeri Sembilan yang menawarkan peluang kepada pelajar USIM sebagai Fasilitator untuk membantu pelajar di tingkatan dua, tiga dan empat dalam subjek Bahasa Arab, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia dan Fizik. Pelajar akan diberikan bayaran saguhati yang disediakan oleh pihak SARANA dan PIBG SMAP Labu ini. Program yang dikenali sebagai Program Komuniti Alumni USIM, SARANA dan PIBG SMAP Labu (KOMPASS).

2018

2019

2020