MYDIN

  • Berita Utama (3)

    PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN STATUS KERJA BAGI GRADUAN

    Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua IPT yang telah memberikan  kerjasama yang baik dalam menjayakan Kajian Pengesanan Graduan IPT (SKPG I).

    Sepertimana tuan/puan sedia maklum, SKPG I dijalankan terhadap graduan institusi pengajian tinggi negara bersempena dengan musim konvokesyen IPT masing-masing. Lazimnya, tempoh di antara tamat pengajian dengan majlis konvokesyen adalah singkat. Terdapat graduan yang masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai atau tidak mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi mencari pekerjaan yang sesuai. Sehubungan itu, pihak Kementerian telah membangunkan satu sistem iaitu SKPG I – Kemas Kini Status Pekerjaan bagi membolehkan graduan mengemaskini status pekerjaan terkini mereka. Sistem ini boleh dicapai dengan melayari laman sesawang rasmi SKPG I iaituhttp://graduat.mohe.gov.my kemudian klik pada pautan yang disediakan atau terus layari http://graduat.mohe.gov.my/updatestatus.

    Untuk makluman tuan/puan, sistem ini dibangunkan khusus kepada graduan yang telah berkonvokesyen pada tahun 2006 hingga 2013 danpernah menyertai SKPG I. Bagi graduan 2013,  mereka yang telah menyertai kajian sehingga Mei 2013 sahaja yang boleh mengemaskini status pekerjaan. Bagi graduan yang menyertai kajian bermula Jun 2013 dan seterusnya, mereka hanya dibenarkan mengemaskini status pekerjaan sekurang-kurangnya dua bulan dari tarikh penyertaan SKPG I atau pada tarikh yang akan dimaklumkan Kementerian.

    Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan/puan untuk menghebahkan perkara ini kepada graduan Institusi tuan/puan adalah dimohon. Bersama-sama ini juga dilampirkan manual SKPG I – Kemas Kini Status Pekerjaan untuk rujukan pihak tuan/puan.

    Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan, tuan/puan bolehlah emelkan atau hubungi pihak kami di talian seperti yang tertera di bawah.

    Sekian, perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Azlina binti Saleh

    Unit Kajian Pengesanan Graduan 

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Tel: 03 8870 5115/5113

  • Info (11)
    • JAWATAN KOSONG 2017 (4)
    • Pengenalan Pusat Alumni dan Kerjaya (1)

      Pejabat Perhubungan Alumni yang telah ditubuhkan di bawah universiti pada Ogos 2010 berperanan sebagai penghubung di antara alma mater (Universiti Sains Islam Malaysia), para alumni dan Persatuan Alumni USIM. Secara umumnya, Pejabat Perhubungan Alumni memainkan peranan penting dalam menjana sumbangan –dalam bentuk intelektual dan fizikal- daripada para alumni yang telah berada di sektor pekerjaan berbeza kepada universiti untuk meningkatkan mutu pembangunan pelajar. 

      Bersesuaian dengan peranannya, aktiviti-aktiviti ke arah pembangunan pelajar, terutamanya pelajar tahun akhir, dijalankan oleh Pejabat Perhubungan Alumni untuk mempersiapkan diri mereka menghadapi dunia luar. Pejabat Perhubungan Alumni juga menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para alumni dan Persatuan Alumni USIM yang mendapat mendekatkan diri mereka dengan USIM dan sesama mereka atas dasar ikatan teguh dengan alma mater.

      Pejabat Perhubungan Alumni mengharapkan sokongan dan sumbangan daripada para alumni dan Persatuan Alumni USIM dalam membawa USIM ke arah universiti terkehadapan, berasaskan pengajian Islam.

      • Struktur Organisasi Pusat Alumni dan Kerjaya (1)

      • Pengenalan Pusat Alumni dan Kerjaya (1)

        Pengenalan Pusat Alumni dan Kerjaya

        Pejabat Perhubungan Alumni yang telah ditubuhkan di bawah universiti pada Ogos 2010 berperanan sebagai penghubung di antara alma mater (Universiti Sains Islam Malaysia), para alumni dan Persatuan Alumni USIM. Secara umumnya, Pejabat Perhubungan Alumni memainkan peranan penting dalam menjana sumbangan dalam bentuk intelektual dan fizikal daripada para alumni yang telah berada di sektor pekerjaan berbeza kepada universiti untuk meningkatkan mutu pembangunan pelajar. 

        Bersesuaian dengan peranannya, aktiviti-aktiviti ke arah pembangunan pelajar, terutamanya pelajar tahun akhir, dijalankan oleh Pejabat Perhubungan Alumni untuk mempersiapkan diri mereka menghadapi dunia luar. Pejabat Perhubungan Alumni juga menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para alumni dan Persatuan Alumni USIM yang mendapat mendekatkan diri mereka dengan USIM dan sesama mereka atas dasar ikatan teguh dengan alma mater.

        Pejabat Perhubungan Alumni mengharapkan sokongan dan sumbangan daripada para alumni dan Persatuan Alumni USIM dalam membawa USIM ke arah universiti terkehadapan, berasaskan pengajian Islam.

  • Hebahan (2)
  • Aktiviti Alumni (3)
  • ALUMNI USAHAWAN (1)
  • ALUMNI CEMERLANG (1)
  • REKOD ALUMNI (14)
  • JUALAN ALUMNI (1)

                                                                                                                      Pusat Alumni dan Kerjaya                                                                                                                  Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-7986161/6160/6151 Faks: +606-7986154/6155
Emel: alumni[at]usim.edu.my