PERSATUAN ALUMNI USIM

Pengemaskinian Data Alumni!

Semua alumni USIM dikehendaki mengemaskini maklumat perkerjaan masing-masing.
You are here:Laman Utama
IKLAN JAWATAN PEGAWAI PEMANTAU HARGA

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KEPENGGUNAAN

1) Jawatan: Pegawai Pemantau Harga

2) Kementerian: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan

3) Bayaran Perkhidmatan: RM1500.00 sebulan

4) Kemudahan elaun: Tuntutan perjalanan menjalankan tugas rasmi tidak melebihi RM450.00 sebulan

5) Syarat lantikan: Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut:

                        a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 21 tahun

                        b) Memiliki sekurang-kurang ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

                        c) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

6) Taraf Jawatan: Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service)

7) Tempoh Lantikan: Setahun (Januari 2013 sehingga Dis 2013)

8) Diskripsi Tugas: a) Melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dibawah Program Pemantauan Harga KPDNKK

                        b) Membuat kutipan harga barangan dan perkhidmatan bagi kawasan dan daerah yang telah ditetapkan

                        c) Membuat laporan dan menyalurkan laporan kepada Ketua Urus Setia Majlis Harga Barang Negara

9) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi di alamat berikut:

PEJABAT PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN NEGERI SEMBILAN,

NO D9, TINGKAT BAWAH-TINGKAT 1, BANGUNAN AKHMA,

PERSIARAN UTAMA S2-1, SEREMBAN 2,

70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

TEL: 06 6016570/7490

FAKS: 06 6016334

10) Borang yang telah lengkap diisi beserta dengan sekeping gambar bersais pasport, salinan MYKAD, sijil kelahiran dan sijil kelayakan akademik hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pejabat seperti di perenggan 8 di atas pada atau sebelum 12 Oktober 2012 jam 5.00 petang dengan menggunakan sampul surat yang ditulis 'Pegawai Pemantau Harga' pada bahagian atas kiri sampul tersebut dengan jelas dan terang.

11)  Borang permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat kelayakan atau diterima selepas tarikh yang telah ditetapkan akan DITOLAK.

12) Catatan am: a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

                        b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 minggu dari tarikh tutup iklan hendaklah mengaggap permohonan tersebut tidak berjaya.

 

 
Pengenalan Pejabat Perhubungan Alumni

Pejabat Perhubungan Alumni yang telah ditubuhkan di bawah universiti pada Ogos 2010 berperanan sebagai penghubung di antara alma mater (Universiti Sains Islam Malaysia), para alumni dan Persatuan Alumni USIM. Secara umumnya, Pejabat Perhubungan Alumni memainkan peranan penting dalam menjana sumbangan –dalam bentuk intelektual dan fizikal- daripada para alumni yang telah berada di sektor pekerjaan berbeza kepada universiti untuk meningkatkan mutu pembangunan pelajar. 


Bersesuaian dengan peranannya, aktiviti-aktiviti ke arah pembangunan pelajar, terutamanya pelajar tahun akhir, dijalankan oleh Pejabat Perhubungan Alumni untuk mempersiapkan diri mereka menghadapi dunia luar. Pejabat Perhubungan Alumni juga menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para alumni dan Persatuan Alumni USIM yang mendapat mendekatkan diri mereka dengan USIM dan sesama mereka atas dasar ikatan teguh dengan alma mater.


Pejabat Perhubungan Alumni mengharapkan sokongan dan sumbangan daripada para alumni dan Persatuan Alumni USIM dalam membawa USIM ke arah universiti terkehadapan, berasaskan pengajian Islam.

 

Kata-kata Aluan

Image

Alumni USIM

Aktiviti

Login

How to login?

First time login?

Username: Matric No.
Password: IC No.

 

 

*Matric No. without 'P'

MANUAL PENGGUNA PORTAL ALUMNI ( KLIK DI SINI )

 

Sedang Online

No Registered Member Online

Who's Online

1 guest online