Artikel

PROGRAM PERANTIS MEGA PROJEK 2018

Assalamualaikum W.B.T

Peluang pekerjaan kepada pelajar tahun akhir USIM yang sedang menjalani latihan industri atau yang bakal bergraduat pada tahun 2018. Kementerian Pendidikan tinggi dengan Kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad telah menganjurkan Program Perintis Mega Projek dan Program Pelatih Pengurusan PUNB. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dalam sektor industri seterusnya menambah kemahiran insaniah di dalam diri peserta.

1) PROGRAM PERANTIS MEGA PROJEK
Syarat/ kriteria 
1. berusia 21 sehingga 35 tahun
2. CGPA 2.0 ke atas (diploma / sarjana muda)
3. Pelajar akan menjalani latihan industri di semester akhir 2018 atau bergraduat pada 2018


Tarikh perlaksanaan program
Temuduga daripada PUNB: Jun 2018
Program bermula pada Julai 2018 sehingga Januari 2019

Tempoh latihan : 6 bulan

Elaun : RM 800

Bilangan Peserta : 150

Maklumat tambahan : Perlu dilampirkan Resume/ CV

Pautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf2JHGR0Zvbx34b-4qYzo_xPjZV6-dHWnGliPRoDBbqvLS2kw/viewform

 


 

2) PROGRAM PELATIH PENGURUSAN PUNB
Syarat/ kriteria
1. berusia 21 sehingga 30 tahun
2. CGPA 2.75 bagi diploma serta 2.5 bagi sarjana muda.
3. Pelajar akan menjalani latihan industri di semester akhir 2018 atau bergraduat pada 2018

Tarikh perlaksanaan program
Temuduga daripada PUNB: Julai 2018
Program bermula pada September 2018 sehingga februari 2019

Tempoh latihan : 6 bulan

Elaun : RM 1500

Bilangan Peserta : 20 orang

Maklumat tambahan : Perlu dilampirkan Resume/ CV

Pautan : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSefkztzpeBFrpW1P8rs486Sbd-KbESiI6_ZKCtm916KlXZAbg/viewform

Pihak Pusat Alumni dan Kerjaya USIM memohon bantuan Tuan/ Puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada pelajar tahun akhir yang sedang menjalani latihan industri atau yang bergraduat pada tahun ini. Iklan ini turut terdapat di dalam sistem istudent dan pelajar boleh merujuk di dalam sistem tersebut. Tarikh tutup untuk mengisi borang pendaftaran adalah pada 22 April 2018 jam 8 malam. Sebarang maklum balas boleh menghubungi Pusat Alumni dan Kerjaya di talian 06-7986172.

                                                                                                                      Pusat Alumni dan Kerjaya                                                                                                                  Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-7986161/6160/6151 Faks: +606-7986154/6155
Emel: alumni[at]usim.edu.my