Artikel

PELUANG PENYERTAAN PELAJAR TAHUN AKHIR USIM KE PROGRAM KERJASAMA KPT-MTDC : GRADUATE EMPLOYABILITY 4.0 (GE 4.0)

 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC) akan melaksanakan Program Graduate Employability I4.0 (GE I4.0) kepada pelajar tahun akhir daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara . 
 
Untuk makluman, program ini merupakan salah satu daripada program kebolehpasaran graduan berimpak tinggi yang dilaksanakan di peringkat nasional. Melalui program ini, peserta akan diberi pendedahan dan pendekatan terhadap kemahiran yang selari dengan keperluan industri dan perkembangan Revolusi 4.0. 
 
Seramai 200 peserta yang berkelayakan berpeluang ditawarkan pekerjaan di industri berteraskan teknologi dalam ekosistem MTDC dan rakan strategik yang mewakili pelbagai industri. 
 
Sehubungan itu, Pusat Alumni dan Kerjaya bersama KPT berbesar hati mempelawa pelajar tahun akhir Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berkelayakan untuk mengikuti program ini. Maklumat lanjut dan syarat pencalonan ke program ini adalah seperti berikut: 

  • 25 tahun ke bawah
  • Warganegara Malaysia
  • CGPA 2.5 ke atas
  • Semua pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda USIM
  • Boleh mengikuti program sepenuh masa

Pencalonan berserta maklumat lengkap calon hendaklah diisi menggunakan borang seperti di pautan goo.gl/9toQBp selewat-lewatnya pada 1 April 2018 (Ahad).
 
Sebarang pertanyaan berkaitan Program Graduate Employability I4.0 boleh diajukan kepada sekretariat berikut:
 
Nama  : En. Mohd Asyraf bin Md.Sum
Telefon : 03-8870 5142
E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
 
Nama: Puan Afiqah binti Bakhari
Telefon: 03-8870 5368
E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

PEGAWAI FOKAL GE USIM :
Nama: Encik Shaiful Bakri Bin Mohammad
Telefon: 06-798 6147
E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
 

                                                                                                                      Pusat Alumni dan Kerjaya                                                                                                                  Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-7986161/6160/6151 Faks: +606-7986154/6155
Emel: alumni[at]usim.edu.my