Artikel

KELAB SAHABAT ALUMNI JAYAKAN PROGRAM SEMAI BAKTI DI MASJID LAMA NILAI

Nilai - Program Semai Bakti di Masjid Lama Nilai, Negeri Sembilan anjuran Kelab Sahabat Alumni berjaya dilaksanakan pada 17 Mac 2018 lalu. Program yang berkonsepkan khidmat masyarakat ini mendapat sambutan yang baik dari para peserta yang terdiri dari mahasiswa dan Kakitangan USIM. Seramai 25 mahasiswa dan 3 orang kakitangan yang menyertai program ini. 

Pengarah program, Nur Hamizah yang juga mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-undang berkata, idea program ini tercetus daripada beberapa ahli Kelab Sahabat Alumni yang lain. Tambahnya lagi, program seperti ini sudah jarang dapat dirasai oleh kalangan mahasiswa hari ini kerana faktor-faktor yang tersendiri. 

Program yang bermula seawal jam sembilan pagi ini dimulakan dengan pembahagian tugas kepada peserta. Kemudahan dan kawasan masjid seperti ruang solat, tandas, dan kaki lima juga dibersihkan oleh peserta yang terlibat. Aktiviti ini juga disertai oleh Ahli Jawatan Kuasa Masjid Lama Nilai. 

Semoga program yang dianjurkan oleh Kelab Sahabat Alumni dan disokong oleh Pusat Alumni dan Kerjaya ini boleh diteruskan pada waktu yang lain. 

Turut kelihat, Pn Liyana, Penolong Pendaftar Pusat Alumni dan Kerjaya yang sama-sama menjayakan program ini

Gambar peserta bersama Ahli Jawatan Kuasa Masjid Lama Nilai, Negeri Sembilan

Peserta bersemangat membersihkan kipas dinding yang berhabuk

Antara peserta lelaki yang terlibat membersihkan halaman masjid

                                                                                                                      Pusat Alumni dan Kerjaya                                                                                                                  Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-7986161/6160/6151 Faks: +606-7986154/6155
Emel: alumni[at]usim.edu.my