Artikel

ALUMNI USAHAWAN BERJAYA PERKENAL PRODUK DAN SERVIS DI i-INOVA'2018

NILAI -  Idea dan usaha sudut usahawan alumni di i-INOVA'2018 yang dijayakan oleh Pusat Alumni dan Kerjaya bersama Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) ini dilihat sedikit sebanyak membantu para alumni USIM yang bergiat dalam dunia perniagaan untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka.

Tinjauan di i-INOVA'2018 mendapati, seramai 10 orang alumni USIM yang mengambil bahagian mencatatkan hasil yang positif samada dari bentuk jualan mahupun penjenamaan produk. Mereka adalah Syaima' Bt Moktar (Consultant In CWA), Al-Arabi Mohamed (Tunas Duta Cemerlang Sdn Bhd), Nuur Fatimah Bt Abdullah Sani (Syafs Enterprise), Nur Diana Dzulkiply (Ettijar Enterprise), Muhammad Ikhwan Zulkaply (Koodap Food Services), Muhammad Zahaby Zainudin (Water House Beverages), Siti Zawiah Ghazali (NZM Shepherd Trading), Adilah Hamzah (Chouette Chocolate & Confectionery), Ummi Kalhsum Mohd (Bidadari Exclusive) dan Nasra Naturhana Ahmad Suhaimi (Origin Intellect Sdn Bhd)

Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Dr. Nisar Mohammad Ahmad berkata, Sudut Alumni Usahawan ini menjadi satu platform yang berpotensi kepada alumni USIM untuk  memasarkan produk mereka kepada pengunjung yang hadir. 

Menurut beliau, produk yang dihasilkan oleh alumni USIM adalah perkara yang perlu dibanggakan. Ini kerana tidak mudah untuk sesuatu produk itu menembusi pasaran yang terlalu banyak pesaing pada waktu ini. 

Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)Encik Asri berkata, jika usaha seperti ini dapat sambutan luar biasa dari alumni usahawan USIM yang lain, ia patut diteruskan dalam konsep yang lain pula.

Penganjuran i-INOVA'2018 yang berlangsung pada 10 dan 11 Mac 2018 disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

 

                                                                                                                      Pusat Alumni dan Kerjaya                                                                                                                  Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-7986161/6160/6151 Faks: +606-7986154/6155
Emel: alumni[at]usim.edu.my