JELAJAH MEDANG ALUMNI USIM BERSAMA DATO' NC

Jelajah Medang Alumni USIM anjuran Pusat Alumni dan Kerjaya berlangsung dengan jayanya sepanjang bulan Februari dan Mac 2018. Idea makan malam secara santai yang berlangsung sekitar Johor Bahru, Alor Setar dan Kuantan ini telah diusulkan oleh YBhg. Prof Dato' Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. 

Tujuan jelajah ini diadakan tidak lain tidak bukan adalah untuk merapatkan lagi ukhwah antara USIM dan alumni yang telah lama meninggalkan bumi Kampus Barakah ini. Walaupun ramai diantara alumni yang hadir pada jelajah ini tidak berkesempatan untuk menziarahi USIM, tetapi mereka mengaku sentiasa prihatin terhadap aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak universiti. Satu demi satu kenangan yang mereka kongsi kepada Dato' NC semasa belajar di USIM mahupun KUIM. 

Secara keseluruhan, program berkonsepkan santai ini berjaya menghimpunkan hampir 110 orang alumni. Rata-rata kesemua alumni yang hadir berasa seronok dengan usaha Pusat Alumni dan Kerjaya ini. Semoga hubungan semua alumni dan USIM kekal dan berterusan. 

 

Medang Alumni USIM bersama Dato' NC di Johor Bahru pada 3 Februari 2018 

 

Medang Alumni USIM bersama Dato' NC di Johor Bahru pada 3 Februari 2018 

 

Medang Alumni USIM bersama Dato' NC di Alor Setar, Kedah pada 10 Februari 2018 

 

Medang Alumni USIM bersama Dato' NC di Alor Setar, Kedah pada 10 Februari 2018 

 

Medang Alumni USIM bersama Dato' NC di Alor Setar, Kedah pada 10 Februari 2018 

 

Medang Alumni USIM bersama Dato' NC di Kuantan, Pahang pada 3 Mac 2018. 

 

Turut kelihatan Dr.Nisar, Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya USIM juga hadir pada sesi Medang Alumni bersama Dato' NC di Kuantan, Pahang.

 

                                                                                                                      Pusat Alumni dan Kerjaya                                                                                                                  Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-7986161/6160/6151 Faks: +606-7986154/6155
Emel: alumni[at]usim.edu.my